Mari Membaca

    Pada kelazimannya , istilah bahasa kebangsaan merujuk kepada satu bahasa yang dikaitkan dengan sesebuah negara. Bahasa yang dipilih untuk menjadi bahasa kebangsaan biasanya ialah bahasa setempat atau bahasa pribumi. Bahasa kebangsaan sering dijadikan simbol jati diri nasional yang sama untuk seluruh rakyat.
    Melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan sesama rakyat , komunikasi yang berkesan dapat di zahirkan. Hal ini demikian kerana melalui pertuturan satu bahasa yang sama rakyat mudah memahami antara satu sama lain dan rasa saling menghormati akan dapat diwujudkan. Sesungguhnya bahasa kebangsaan bukan sahaja merupakan jiwa rakyat, tetapi sebenarnya ialah maruah negara dan maruah rakyat negara kita.Dalam Konteks ini martabat dan nama baik Bahasa Melayu perlu dijaga. Bahasa Melayu wajar diletakkan pada kedudukan teratas , yakni di atas mana-mana bahasa lain di negara kita selaras dengan cogan kata bahasa jiwa bangsa.

No comments:

Post a Comment